My two cents
Monday, 18 November 2013
KERETA TERBANG DI GONG KAPAS, KUALA TERENGGANU
Kemalangan berlaku apabila pemandu proton pesona berkejar untuk buat Presentation di unisza. Ketika melalui jalan gong kapas. Sebuah kenderaan berhenti di lampu isyarat. Mangsa yg panik cuba memberhentikan kenderaan tertekan pedal minyak membuatkan kereta bertambah laju. Mangsa cuba mengelak dan melanggar lopak air membuatkan kereta hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan. Kereta mangsa melambung ke seberang jalan dan jatuh diatas sebuah gerai makan. Waktu kejadian sekitar jam 7.45pg. Mangsa yg berasal dari Manir dikatakan terlewat untuk kekelas di unisza
kredit : Terengganu Today
Sunday, 17 November 2013
PETUA MENGUBATI RESDUNG
Limau nipis 8 biji.. Daun pandan 10 helai hiris halus macam bunga rampai.. Perah limau nipis tadi.. Gaulkan sampai sebati.. New chemical akan terbentuk.. Sapu di muka.. Kalau sesuai.. Tak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. Paling banyak akan keluar ikut kening.. Kalau sangkut tarik jer ulat tu..
Buat 3 kali seminggu.. Elok antara jam 10.00 a.m -3.00 pm sebab virus tu tengah aktif.. Campuran lebih boleh simpan dalam peti ais.. Tapi tak se-efective yang fresh.. Elok letak kain hitam atas paha masa sapu sebab ulat ni attacted to black cloth... Kain hitam..
Kredit - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=379643875504789&set=a.113054632163716.14184.100003775402722&type=1&theater
Tuesday, 5 November 2013
Contoh Soalan Amali Chargeman AO – PENDAWAIAN KAWALAN MOTOR (Auto Trans)
TAJUK : PENDAWAIAN KAWALAN MOTOR
MASA : 2 Jam 30 minit
MARKAH : 100 MARKAH
BAHAN-BAHAN : Seperti yang dilampirkan / disediakan.
PERKAKAS & PERALATAN : Seperti yang dikehendaki.

TUGAS :
i. Rujuk litar utama (RAJAH 1) dan litar kawalan (RAJAH 2) penghidup Talian Terus dan Pengubah Auto yang dilampirkan.
ii. Uji semua komponen di atas papan panel pendawaian untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik.
iii. Dawaikan litar utama dan litar kawalan penghidup tersebut mengikut gambarajah litar yang diberi yang dilengkapi dengan punat tekan hidup dan henti beserta lampu penunjuk talian terus dan pengubah auto.

NOTA:
i. Semua litar-litar mestilah mengandungi seperti yang diperlukan dalam RAJAH 1 dan 2 dan menggunakan saiz kabel serta kadaran fius/pemutus litar yang sesuai.
ii. Pemasangan hendaklah mengikut peraturan elektrik.
iii. Anda dibenarkan menguji pemasangan dengan menggunakan Meter Ohm dari masa kesemasa tanpa menggunakan bekalan hidup kepada pemasangan tersebut. Sekiranya didapati anda menguji dengan bekalan hidup tanpa kebenaran pemeriksa, calon dikira GAGAL.

Contoh LITAR KAWALAN MOTOR 3 FASA 415 V BAGI SISTEM PENGHIDUP BINTANG-DELTA MARA – SONGSANG
TAJUK : DAWAIKAN LITAR KAWALAN MOTOR 3 FASA 415 V BAGI SISTEM PENGHIDUP BINTANG-DELTA MARA – SONGSANG .
MASA : 2 Jam 30 Minit
MARKAH : 100 MARKAH
BAHAN-BAHAN : Seperti yang dilampirkan/Disediakan.
PERKAKAS & PERALATAN : Seperti yang dikehendaki .

i. Rujuk dan kaji gambarajah litar utama dan litar kawalan penghidup Bintang-Delta Mara-Songsang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah Litar 1 & 2。
ii. Dengan bantuan Jangka Ohm, uji semua alat-alat di panel pendawaian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah Litar 1 & 2 untuk memastikan alat-alat dalam keadaan baik.
iii. Dawaikan litar utama penghidup tersebut mengikut gambar rajah yang diberikan.
iv. Dawaikan litar kawalannya mengikut gambarajah litar yang diberikan serta dilengkapkan litar tersebut dengan punat tekan hidup dan henti mara-songsang serta lampu penunjuk
NOTA:
i. Kesemua litar mestilah disiapkan dalam masa yang diarahkan mengikut gambarajah 1 & 2 dengan menggunakan saiz kabel serta kadaran fius / pemutus litar yang sesuai.
ii. Semua kabel-kabel hendaklah dibentuk dan disambung dengan kemas dan ketat.
iii. Tentukan litar-litar mempunyai kekutupan, pembumian dan boleh berfungsi dengan betul.
iv. Pemasangan hendaklah mengikut Peraturan Elektrik dan Suruhanjaya Tenaga.
v. Anda hanya dibenarkan menguji litar penghidup dengan menggunakan Meter Ohm dari masa ke semasa dengan syarat tiada voltan bekalan ujian disambungkan kepada litar tersebut. Sekiranya didapati anda menguji dengan bekalan elektrik tanpa kebenaran daripada pemeriksa, ujian ini dikira BATAL dan calon akan dianggap GAGAL .

Monday, 4 November 2013
Bahaya Dadah
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)
2. Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)
3. Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)
4. Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5. Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)
Subscribe to:
Posts (Atom)