TAJUK : DAWAIKAN LITAR KAWALAN MOTOR 3 FASA 415 V BAGI SISTEM PENGHIDUP BINTANG-DELTA MARA – SONGSANG .
MASA : 2 Jam 30 Minit
MARKAH : 100 MARKAH
BAHAN-BAHAN : Seperti yang dilampirkan/Disediakan.
PERKAKAS & PERALATAN : Seperti yang dikehendaki .

TUGAS :
i. Rujuk dan kaji gambarajah litar utama dan litar kawalan penghidup Bintang-Delta Mara-Songsang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah Litar 1 & 2。
ii. Dengan bantuan Jangka Ohm, uji semua alat-alat di panel pendawaian seperti yang ditunjukkan dalam Rajah Litar 1 & 2 untuk memastikan alat-alat dalam keadaan baik.
iii. Dawaikan litar utama penghidup tersebut mengikut gambar rajah yang diberikan.
iv. Dawaikan litar kawalannya mengikut gambarajah litar yang diberikan serta dilengkapkan litar tersebut dengan punat tekan hidup dan henti mara-songsang serta lampu penunjuk
NOTA:
i. Kesemua litar mestilah disiapkan dalam masa yang diarahkan mengikut gambarajah 1 & 2 dengan menggunakan saiz kabel serta kadaran fius / pemutus litar yang sesuai.
ii. Semua kabel-kabel hendaklah dibentuk dan disambung dengan kemas dan ketat.
iii. Tentukan litar-litar mempunyai kekutupan, pembumian dan boleh berfungsi dengan betul.
iv. Pemasangan hendaklah mengikut Peraturan Elektrik dan Suruhanjaya Tenaga.
v. Anda hanya dibenarkan menguji litar penghidup dengan menggunakan Meter Ohm dari masa ke semasa dengan syarat tiada voltan bekalan ujian disambungkan kepada litar tersebut. Sekiranya didapati anda menguji dengan bekalan elektrik tanpa kebenaran daripada pemeriksa, ujian ini dikira BATAL dan calon akan dianggap GAGAL .

No comments:
Post a Comment